Jumaat, 13 Mei 2016

Sad Story :(


Assalamualaikum 


Harini nak update cerita sedih huhu. Make sure kotak tisu ada dekat sebelah okay
2 minggu lepas Afifah pegi kem kepimpinan dekat Perlis. Kem kepimpinan tu 3 hari. Kem tu memang best sebab dapat belajar banyak benda baru. New experience gituuu. Tapi ada benda paling buruk dalam hidup Afifah jadi masa dekat kem tu.

Masa dekat kem tu kan , I lost my phone :( Hmm sis redha. Dorm sebelah pun ada phone hilang jugak. 3 orang hilang phone termasuk Afifah. Huwaaa  nak nangis bila ingat balik :'( Sokey lah maybe takde rezeki and ada sebab kenapa phone Afifah hilang *ayat sedapkan hati gaiss*  

Nak dijadikan cerita malam tuh kitorang ada aktiviti. Lampu dekat kawasan kem tu semua diorang tutup. Kawasan tuh memang gelap gila lah. Torchlight tak boleh guna. Diorang ambik. Aktiviti tuh lepas solat isyak sampai lah pukul 1 pagi. Ohh haa malam tuh kitorang kena mandi air belacan. Busuk wey nak muntah bau huhu. Ok sambung balik. Pukul 1 pagi kitorang balik dorm. Sebelum mandi Afifah nak check phone tetiba phone takde. Kat sana katil 2 tingkat ataupun katil double decker. Afifah duk atas kawan Afifah duk bawah. Afifah bagitau kawan Afifah yang duk katil bawah tu yang phone Afifah takde. Dia try check dekat semua almari tapi takde gak. Afifah keluar pegi dorm sebelah nak gitau pasai phone dekat kak senior. Tetiba kak senior cakap dorm dia pun ada phone hilang jugak. Kitorang sama2 cari phone sampai pukul 3 pagi k. Sanggup tak tido. Huhu. Pukul 3 lebih baru tido pastu pukul 4 pagi dah kena bangun sebab nak berebut bilik air. Pagi tuh memang redha jelah phone hilang. Orang lain semua pakat breakfast Afifah sorang je yang tak breakfast sebab tak lalu. Dengan tak cukup tido pastu duk pikir pasal phone. Pastu tetiba kepala buat hal maybe sebab tak cukup tido. Yang peliknya budak laki tinggal phone atas katil je tapi tak hilang, kitorang budak perempuan letak dekat tempat tersembunyi phone boleh hilang hmm.
Btw phone tu baru lagi. Tak sampai setahun. Baru berapa bulan beli. Warranty pun still ada. Takpelah benda dah jadi buat apa nak ingat kan. Lagipun dalam tuh takde apa pun. Ada gambar selfie and game je pon *ayat sedapkan hati lagi sekali gaisss*  Balik tuh Afifah try detect phone Afifah. Anddddd Afifah dapat detect phone Afifah. Phone Afifah still ada dekat Perlis. Maksudnya bukan student sekolah Afifah yang ambik phone Afifah. Orang dekat sana yang ambik phone Afifah and orang yang ambik tuh still tengah belajar. Yeahh dia belajar dekat university dekat Perlis. University mana ? Biarlah rahsia. Maybe dia terdesak takde duit sebab tu dia curi phone kitorang. Dia ambik phone Oppo , Sony and Lenovo. Duit dia tak ambik dia just ambik phone je. Dalam purse Afifah ada seratus lebih tapi dia tak ambik duit dia just ambik phone je. Kak senior yang hilang phone jugak dia bawak rm400 tapi dia tak ambik duit. Dia ambik phone Lenovo

Kepada si pencuri ;

Aku harap kau jaga phone aku tuh elok2. Phone tu hadiah dari parents aku. Terima kasih banyak2 sebab dah ambik phone aku. Aku tak kisah kau nak pakai phone aku tapi pleaseeeeeeeeeee jangan guna number aku. Tolong buang sim aku. Tu je yang aku mintak. One more , tolong jaga POU aku elok2. Bagi dia makan , bersihkan dia okay. Kau still student kan ? Aku harap kau berjaya dalam hidup kau. Lagi sekali aku nak cakap thank you so much sebab dah ambik phone aku. Arigatogozaimasu :)