Jumaat, 29 Julai 2016

Sambutan Hari Guru 2016


( Since form 1 ♥ )

Assalamualaikum 

Ya Allah lamanya tak update pasal diri dekat blog :') Asyik join giveaway je. Banyak sangat story nak update kat blog nie. Entry pasal raya pon tak update lagi. InshaAllah nanti kalau ada masa boleh laa update entry pasal raya pulak. 

  Hari nie baru rasa free sikit kalau tidak hari2 ada homework huhu. Disebabkan harini free so boleh lah Afifah update entry. Rindu nak ketuk keyboard , type cerita merapu huhu. Btw bulan 5 haritu sekolah Afifah ada buat sambutan hari guru. See! Bulan 5 okay bulan 5. Sekarang dah bulan 7 nak masuk bulan 8 baru nak update entry nie. HAHAHA.
 

With Hawa

 Sambutan hari guru tahun nie Afifah and kawan Afifah , Hawa busy sikit. Maklum lerr tahun nie kitorang pengawas. HAHAHA! Kitorang kena handle macam2 benda. First kena handle game untuk cikgu main then kena handle hadiah untuk cikgu pulak. Penat memang penat tapi best! So sambutan hari guru tahun nie kitorang tak sempat nak selfie banyak2 :( Phone pon terpaksa suruh orang tolong jagakan. Whatever yang penting ikhlas and cikgu2 happy hehehe. 

Kitorang dua pegi sekolah pakai baju rasmi sekolah tapi balik pakai baju PT3 2015 haha. Merasa lah jugak jadi budak PT3 padahal PT3 pon tak ambik lagi hahahaha. Next year InshaAllah baru PT3. Baju tahun lepas ada lebih so cikgu2 bagi dekat kitorang yang pengawas nie. Cikgu suruh tukar sebab takut baju kotor. Yelah kitorang kena duduk dekat padang dari pagi sampai game habis , kena handle game pastu malam sebelum tuh hujan. Sayang jugak cikgu dekat kitorang ehh. Haha. Pelajar biasa mohon jeles wakakaka :P

 

Dalam pukul 7:30 pagi macam tu semua student kena beratur dekat tapak perhimpunan. Baca doa , baca yassin lepas tuh ada ucapan dari pengetua kot. Tak sure sangat sebab time tuh semua pengawas yang handle game untuk cikgu main kena pegi padang dah. Kitorang kena prepare alatan siap2. Actually seminggu sebelum tuh kitorang ada meeting. Bincang game untuk cikgu main. Macam2 game kitorang cadang tapi semua cadangan tuh kena reject! Cikgu cakap semua game yang kitorang cadang tuh macam nak buli cikgu hahaha
  
Kalau tak silap game start pukul 9 pagi kot. Pukul 10 lebih baru habis. Fuhhhhhhhh terbakar habis muka kitorang. Sejam lebih berjemur tengah panas. Alaaa bukan selalu nak berjemur tengah panas kan haha. Dalam pukul 10:10 macam tuh pelajar biasa dah boleh rehat kitorang yang pengawas nie tak boleh rehat lagi sebab game belum habis. Bertabahlah tahan lapar *_*


 Muka penat haha

And macam biasalah kalau semua student rehat sekali mesti akan ada makanan habis , air habis. Nasib baiklah ada insan *acewahh :p*  yang baik hati sudi tolong belikan makanan untuk Afifah. Terharuu huhu. Ingatkan nak belanja at last '' Weyhh air nie seringgit tau. Jangan lupa bayar '' Hampeh betol -,-
 

Masing2 muka dah hitam time nie. Biar muka hitam asalkan hati tak hitam. Eh! :P 
  

Safiya suruh buat muka hudoh >.< 

Lepas dah selesai makan kena ready untuk bagi hadiah dekat cikgu pulak. Semua student and cikgu duduk dalam dewan , kitorang yang pengawas kena duk luar dewan sadlife :( Ada bacaan doa , ucapan dari wakil pelajar , ucapan dari pengetua , cikgu2 nyanyi then baru sesi bagi hadiah gitteww :P 

Afifah dapat ustazah Aza. Ustazah yang mengajar Afifah masa form 1. Ustazah tu baik sangat2 dengan Afifah. Masa nak bagi hadiah tu tetiba rasa sebak sebab dulu masa form 1 Afifah pernah ponteng waktu dia HAHAHA bagusnya lahaii mengaku dekat sini :')))
 

 Intan aka Anak Fauzi :P
 

 Anak Fauzi and Anak Anuar hahah
 

 Ada persembahan dekat depan tapi kitorang sibuk duk selfie. Student lain duk ikut barisan class masing2 , tapi kitorang tak duduk ikut barisan class pon. Kitorang pengawas and pengawas percubaan yang paling baik :') 
  

 Sekian cerita basi daripada saya. Sorry kalau entry nie Afifah terlalu jujur hahaha.
 InshaAllah nanti kalau ada masa Afifah update entry raya pulak. Entry tuh maybe panjang sebab raya kan sebulan :P Banyak sangat gambar yang Afifah nak tempek dalam entry tuh
  

 

 

1 ulasan:

ツ Want to comment ? Here! ツ