Isnin, 21 September 2015

Happy Birthday Abah !!!


Assalamualaikum

Ya ampun lamanya tak update blog. Asal kau malas sangat haaa Afifah ? Nak kata masa takde ada jaa. Kekadang sampai taktau nak buat apa. Tapi bukan reti nak update entry kan. Dasar pemalas -_- Kalau bakal mak mertua tau confirm kau dah kena reject Afifah oiiii hahah
Okay okay. Harini kita jadi rajin sikit. Nak update kisah throwback. HAHAHA. Blog nie kalau takde kisah throwback bukan blog Afifah Anuar lah kan. Hoho

 Kek birthday abah :)
 Bulan lepas punya story harini baru nak update. Takpe2 asalkan update

Last minute punya plan. Al kisahnya Afifah and kakak duk sembang pasal apa tah pastu tetiba kakak tanya birthday abah Afifah bila. So kitorang macam blur jap sebab selalunya kitorang ingat tarikh2 penting nie tapi tetiba macam lupa. So takpelah kakak cakap nak sambut birthday abah. Esok tuh lepas balik sekolah kakak cakap dia tengok kat fb abah Afifah , birthday abah Afifah harini. Haaa mau tak kalut kitorang satu apa pun tak prepare lagi

So petang tuh jugak kitorang keluar pegi carik cake. Nak pegi beli cake Secret Recipe macam jauh sangat. Dengan masa dah suntuk so kitorang decide beli cake dekat kedai kek dekat2 jelah. Nak buat macam mana kan. Lepas dah beli cake beli KFC plak. Balik tuh tengok2 abah Afifah dah balik. Sudahhhhh! Lagi pening hahaha. Pastu mak Afifah buat2 sembang ngan abah Afifah so kitorang pun mulakan plan kitorang nak buat suprise. And finally alhamdulillah suprise menjadi walaupun last minute :) Seronok tengok abah happy :'))


Abah and adik :)

To Abah :-

Happy Birthday abah! Sorry yang nie je kakngah and kaklong dapat buat. Suprise last minute :'D Hope abah suka. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. You're my everything. You're my friends my protector my inspiration my superhero and so on. You're the best father in the world. Life is more beautiful when you're around. Thankyou for everything. Lebiiuuu 


Pandai2 korang pusing kepala korang ehh. Malas nak rotate haha 

Ok setellllll. Thanks yang sudi baca entry pendek Afifah nie. Sorry kalau korang tak faham apa yang Afifah type. Biasalah dah lama tak update kan. Hehe. InshaAllah kalau tak malas Afifah akan update lagi yaa. Banyak benda nak story tapi malas nak update :D

Bye korang ;)



Khamis, 9 Julai 2015

Spendtime with cousin


Assalamualaikum

Ya ampun lamanya tak update entry. Haaa kau nie afifah asal malas sangat ? Sebenarnya ada banyak story nak share kat blog nie tapi tulah malas mula menguasai diri. Takda masa ? Ada jha sebab bulan puasa bukan buat apa pun kan. Yang sebetulnya MALAS. Malas  nak taip , upload gambar. Huhu


Muka stress tunggu bas. Hahaha 


 Bulan 5 haritu afifah ada pegi Penang. Spend time dengan cousin tersayang. Gituuu Hahaha
So harini nak update pasal tu. Takde laa best mana pun story pasal spend time ngan cousin nie. Tapi boleh lah nak update sebagai kenangan kat blog nie kannn
 Kitorang tak pegi naik bas ehh. Haha
Dalam pukul 9 pagi macam tu kitorang bersiap. Pukul 10 lebih tunggu bas. Perghhh kemain lama kena tunggu. Asyik terlepas bas jha. Kalau yang berhenti pun bas penuh. Huwaaa I want to cryy :'(
 

Finally dekat sejam lebih kitorang tunggu macam orang gila bas pun datang. Hahaha Lawak bila ingat balik. Kitorang memang untung habislah sebab bas tu takde penumpang pun. So kitorang buat bas tu macam bas kitorang hahaha. Pastu makin lama makin ramai penunpang so kitorang duduk diam2 kat belakang. Hihi
 Bas yang kitorang naik turunkan kitorang dekat Summit. Pastu kitorang ambik bas dari Summit pegi Jeti plak. Nak tunggu bas kat Summit tu takdelah lama mana sangat pun. Lebih kurang 30 minit macam tu je
Pastu bas dari Summit turunkan kitorang dekat Jeti kitorang naik Feri plak. Nak tunggu Feri pun takdelah lama sangat. Lebih kurang 15 minit je
 

Sampai2 je terus kitorang pegi makan dekat Padang Kota Lama dulu. Dah kenyang baru kitorang jalan2. Kitorang pegi tempat yang kitorang tau je. Pastu dalam pukul 4 macam tu kitorang dah tak tau nakpi mana kitorang decided pegi Queensbay Mall plak. Ambik bas dari Jeti pi Queensbay Mall. Masuk ronda2 cuci mata dalam tu pastu keluar. Hikhik. Nak tengok wayang macam dah lewat sangat. 


Time nih tengah tunggu bas. Bas banyak tapi kena tengok jugak bas tu pegi mana. Sebab ada setengah bas tu tak pergi dekat tempat yang kitorang nak pergi nih.  So mereputs lah kitorang dekat bus stop tuh. Lama jugaklah bas nak datang. Kalau ada pun yang penuh and kena berdiri. Pasrah! Huhu


Lepas dah puas cuci mata dalam Queensbay Mall tuh, kitorang pegi lepak tepi pantai. Time nih orang ramai lah jugak dekat tepi pantai tuh. Tapi kebanyakan couple yang datang date lah hehe. Jealous siot tengok diorang date :'P


Kitorang lepak tepi pantai tuh dalam 15 minit centu je sebab nak hujan. Risau gak nak naik feri time hujan2 nih huhu. Terus kitorang jalan pegi dekat bus stop tunggu bas. Dekat 20 minit jugak kitorang tunggu bas. Bas tak datang2 pun. Time tuh memang dah gelap gila. Macam nak ribut. Dengan angin kuat lagi. 

Kitorang tunggu lagi 5 minit bas tak datang jugak terus kitorang decide nak pegi Jeti naik teksi. Mahal pun mahal lah asalkan boleh balik. Rm40 dari Queensbay pegi Jeti. Rasa berbaloi jugak sebab teksi yang kitorang naik tuh kereta Exora. So kitorang pakat kongsi duit. 


And finally sampai jugak kitorang dekat Jeti. Nak dijadikan cerita, masa dekat Jeti tuh feri penumpang dah ada. Orang pun dah start masuk dalam feri. Ohh haa btw time nih ribut k. Hujan lebat gila, angin kuat sampai nak tercabut tudung2 huhu. Seram k seram. Ok sambung balik hehe. Kitorang tengok feri tuh macam dah nak jalan. Haaa apalagi berlari lah kitorang time tuh takut tak sempat. Dah lah dengan ribut lagi. Sampai orang yang kerja dekat jeti tuh gelak dekat kitorang. Memang lawak bila ingat balik. 

Agak2 bila lagi boleh spendtime ceni eh. Huhu. Miss this moment so much! InshaAllah lepas cousin2 tersayang habis SPM kita spendtime ceni lagi k. Muahhh