Isnin, 26 Disember 2016

Kenangan Hari Raya 2016

 

Assalamualaikum
Harini baru sempat nak update entry raya :') Ya Allah kenapa ketinggalan zaman sangat nih HAHAHAH. Afifah rasa Afifah sorang je yang baru nak update entry pasal raya. Tajuk pun dah tukar dari Selamat Hari Raya to Kenangan Hari Raya 😅
 Btw haritu semangat nak update entry raya tapi gambar tak boleh upload pulak. Walaupun ketinggalan tetap nak update jugak kat dalam blog ni. Entry nie panjang and banyak gambar tau. Kalau tak suka boleh close gtab ngehngeh


My Everything
 

Tahun nie tema raya kitorang color purple + kuning. Baju purple tudung kuning. 
Disebabkan sekarang ramai yang duk pakai batik sarawak , my mom decided untuk buat batik sarawak sebagai kain baju kurung. Hehe
 

I dont know kenapa suka sangat ambik gambar mata je 😜
 

Farah
Nampak macam darjah 3 padahal dah darjah 5. Makan banyak tapi kecik. Haishh
Next year UPSR do the best okey!
 

Cousin paling rapat. 
Kalau ada problem mesti akan story dekat dia
 

 

Please abaikan gambar budak yang acah nak makan kasut tuh 😝
 

Raya tahun nie tinggal yang nie je. 
Cousin Afifah yang lain semua pakat balik kampung
 
  

Raya tahun nie ada orang baru
Irfan si budak tembam mata bulat 😘
 
 
 
Yang tudung purple tu over 😂

 
  
 
Sejujurnya afifah tak sesuai pakai shawl centu. Nampak macam hantu HAHAHA 


Bila tengok balik gambar2 time raya terus rasa macam ''apesal aku pakai tudung macam tuh. Nampak tak kemas 😑 ''
 
 
 

Mak and anak HAHA!
 

Haris seksiii :')
 

HAHAHAHAHA
 
 
 
Macam biasa duit raya dapat sikit je. Kalau dulu masa kecik2 dapat beratus tapi sekarang nak dapat 80 hengget pun susah okeyy! Huhu. Rindu nak bawak beg barbie pusing satu kampung. Rindu jugak nak sebut "assalamualaikum. Kami mai nak kutip duit raya" how time flies 😢

 

Nyawa 💕
 
 

Tahun nie raya kampung my mom. Sebab tahun nie kampung ayah Afifah takda orang. Maktok Afifah dah meninggal bulan 8 tahun lepas.
 
 
Time tengah excited nak selfie , pakngah datang tayang sampul duit raya 😅

 
Anak beranak hikss ❤

 
 
 
 
 
 
Bakal ibu kepada anak2 awak chia chia 🙈

 
 
 
 

Kasi chance laa owner blog nak tempek gambar sendiri dekat blog 😆


Dah puas raya dekat kampung sambung raya dekat sekolah pulak 

 

Guru class 2 Aman yang paling sayang hehe 💋
Cikgu with anak murid kesayangan yang suka buat kecoh dalam class hihi 

 

   

Time nak bergambar ramai2 nie paling best. Kecoh dengan class kitorang je.
 Class lain ambik gambar sunyi sepi je class kitorang ambik ya ampunnn kecoh sangat2 hahaha 
Sapa yang buat hal masa semua dah ready memang kena kecam laa haha 😂


Jamuan raya 💖
 

And alhamdulillah tahun nie masa jamuan raya dekat sekolah Afifah dapat anugerah " Pelajar Mithali " 💕 Alhamdulillah , Afifah memang betul2 tak sangka akan dapat anugerah tu. Yang dapat anugerah tu 5 orang. 2 lelaki 3 perempuan. Terima kasih ustazah and ustaz sebab pilih Afifah 

Isnin, 5 Disember 2016

Family day ❤


Assalamualaikum 


Minggu lepas ada family day dekat Bukit Merah. Tapi bukan dekat dalam Bukit Merah , family day tu buat dekat apartment area bukit merah tu je. Family day tu 2 hari 1 malam je. Walaupun kejap tapi tetap best okey. Muka pun dah sunburn sebab asyik mandi kolam je hahaha

Hari Sabtu pukul 11 pagi macam tu lah kitorang berkumpul. Oh yaa family day nie ramai tau. Kalau tak silap lebih kurang 20 family yang pegi. Ok sambung balik hehe. Lepas dah berkumpul and semua dah ada kitorang pun bertolak hehe. Dalam pukul 1 lebih kitorang sampai sana. Sampai terus makan tengahari. Lepas dah makan naik bilik masing2. Satu family satu bilik. Kitorang stay Suria Service Apartment.


Time nie tengah siap2 nak turun mandi kolam 😜
 

Time nie pulak baru nak masuk dalam kolam 😂  
And time nie jugak tengah ketar and takut-takut nak mandi sebab tengok kolam tu macam dalam je hahahaha

 
 
 
 

And finally! Berjaya mandi kolam dengan tenang HAHAHAHA
For me kolam nie dalam jugak. Paras dada kita okey huhu. Parent yang bawak anak boleh sewa pelampung. Murah je RM5 je satu pelampung. Kalau taknak sewa boleh bawak anak2 mandi dekat kolam budak2 hehehe.

Kitorang mandi kolam sampai pukul 6 petang macam tu je sebab hujan. 
Dah mandi naik bilik , mandi sekali lagi dekat bilik then siap2 sebab malam tu ada perasmian and bbq

 

 View dari bilik yang Afifah duduk. Depan tuh ada tasik.
Afifah dapat apartment yang ada 2 bilik. Ada toilet , katil , sofa , tv , aircond. Bilik alhamdulillah selesa sangat2. Cuma apartment nie lif dia rosak. First day stay tu naik and turun pakai lif. Last day tu kena turun pakai tangga sebab lif rosak. Kitorang dapat tingkat 6. Nasib baik turun pakai tangga kalau naik pakai tangga maybe boleh semput huhu


 

Yang nie pulak hari kedua family day. Lepas breakfast duduk lepak tepi kolam tetiba rasa geram dengan kolam. Rasa macam nak terjun lagi sekali. Naik bilik tukar baju and tudung lepas tu turun bawah balik. Lepas turun terus terjun kolam HAHAHA. Kali kedua nie best sikit sebab semua mandi
 

 Abah and adik 💘
 
 
 
 

Best moment 😘
  Masa tengah syok2 mandi , sepupu Afifah panggil ajak join belon berirama. 
Serius best sangat2 game nih.


Time nih tengah bersiap and kemas barang sebab dah last day
 

Satu-satunya adik yang saiyaaa ada hehe
 

Nyawa ❤
 

Smile can hide tears 😌
 

My everything

Lepas lunch and dalam pukul 2 petang macam tuh kitorang bertolak balik. 
Malam tuh tido mati sebab terlalu penat hahaha

Kalau ikutkan lepas habis family day nak lepak Penang tapi masa otw balik highway jammed sebab ada accident and hujan lebat sangat2 sampai tak nampak jalan so terpaksa batalkan niat nak lepak Penang huhu