Isnin, 3 November 2014

Tips menghadapi exam

 Assalamualaikum and selamat pagi! :)

 

Sapa sini tak pegi sekolah sila angkat tangan ? Haha! Rasa bosan laa pulak tak pegi sekolah sebab tak boleh tengok dia! Hahaha. Rindu sehh. Erm.. Harini afifah nak share tips sikit. Tips sangat kenn ;p Tips nih pakai main copy paste je. Copy paste tips nih dari cikgu afifah sendiri and haritu afifah ada terbaca ada sorang blogger nih share tips nih tapi dah lupa sapa. Huhu. Takpe lah sharing is caring kan
Hopefully tips nih membantu korang. Kan sekarang bulan SPM and exam last year kan. Haa korang patut ambik and guna tips nih tauu >___<

Siapkan Segala Peralatan
Jangan lupa siapkan slip exam, ic, alat tulis one day before korang nak ambik exam tu. Make sure korang dah siap letak dekat dalam beg yang korang nak bawak tu tau. Letak dekat tempat yang senang nak nampak means atas meja belajar. Make sure jugak baju korang dah iron, kalau yang perempuan make sure malam tu tudung pun dah iron, kasut pun dah siap ada dekat tepi pintu, stokin pun dah cari. Senang cerita malam tu semuanya dah complate

Tidur Awal
Nih wajib bagi mengelakkan korang mengantuk masa jawab exam tu. Make sure korang tido sekurang-kurangnya 6-8 jam tau. So pastikan korang tido secukupnya. Dah lewat dah kalau korang nak study last2 minute macam ni. So make sure korang tido dengan cukup untuk elakkan korang mengantuk masa nak jawab exam tuh. Macam afifah jugak masa nak exam haritu susah nak tido awal tapi takpe its okay if korang tak boleh tido awal, korang boleh zikir dan berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan esok

Bangun Awal
Bangun awal supaya kita lebih bersedia. Jangan lupa solat. 

Jangan Lupa Breakfast
Yang nih agak penting. Silalah breakfast. Better ambik breakfast milo 3 in 1 ke, nestum, roti, kurma, kismis, nasi. Terpulanglah pada korang. Tapi jangan ambik yang pedas2 pagi2 nih. Kang sakit perut susah pulak kan.

Jangan Lupa Minta Restu Guru
Yang nih penting. Korang kena mintak maaf dan restu supaya ilmu yang korang belajar tu berkat. Sebab doa cikgu nih mustajab. So kalau korang rasa2 korang banyak dosa dengan cikgu better mintak maaf okay.

Deactive Akaun Fb,Wechat & Dll
Yang nih terpulanglah pada korang la kan. Kalau nak deactive dipersilakan ;p Tapi kalau taknak itsokay. Korang just biarkan dan jangan selalu leka main sangat dan akan menyebabkan korang lupa pada pelajaran. Korang boleh je main fb semua just kena pandai bahagi masa. Itu yang penting :)

Langkah Kaki Kanan
Better langkah kaki kanan :) If terlangkah kaki kiri, haa korang gostan balik :p

Berdoa
Bacalah doa dan bertawakal okeh. Bacalah doa ni dan amalkan masa jawab soalan okey Hasbunallah wa ni'mal wakeel : Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik-baik penjaga. Rasulullah juga menyebut kalimah ini ketika perang badar. Perang ok. 

Jangan Check Kertas Soalan Lepas Setel Jawab
Ok kalau yang nih kekadang afifah pun terbabas. Ter "check" jugak kertas soalan lepas setel jawab. Tak kira lah check di rumah ke sekolah ke. Siap bincang jawapan n bergaduh dengan kawan lagi yang kau buat ni salah, aku buat betul. Haa gituu. Hahah. Apa yang penting tawakal dengan jawapan yang kita buat dan fokus subjek lain pulak :) Ni disebabkan kalau kita tersilap jawab, emosi kita akan terganggu.

Jaga Hubungan Dengan Ibu Bapa
Doa ibu bapa adalah senjata kejayaan anak-anak. So korang kenalah berbaik dengan ibu bapa. Jangan derhaka pulak eh. Ingat tu. Selalulah mintak restu ibu bapa dan mintak maaf kalau ada salah silap selama nih untuk memudahkan lagi kita jawab exam :)
Okeh tu je kot tips yang dapat afifah share. Hopefully membantu korang. Afifah pun amalkan jugak tips2 nih. Mudah-mudahan kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.. :) Ok bye :D

XoXo
:D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ツ Want to comment ? Here! ツ